Bumbung Bocor: Punca, Tanda dan Cara Baiki yang Betul
Panduan bumbung bocor rumah Malaysia — punca paling biasa, cara bezakan bocor bumbung dengan bocor paip, kerja pembaikan, dan cara elak bocor berulang musim hujan.
Bumbung bocor selalu disedari lewat — biasanya selepas siling sudah bertompok atau plaster mula gugur. Air yang masuk melalui bumbung boleh bergerak jauh sebelum menitis, jadi tempat titisan bukan semestinya tempat bocor.
Punca bumbung bocor paling biasa
- Tile beralih atau pecah akibat angin kuat, kucing, atau orang berjalan atas bumbung.
- Flashing rosak pada sambungan bumbung dengan dinding atau cerobong.
- Gutter tersumbat oleh daun sehingga air melimpah ke dalam.
- Skrew bumbung metal longgar dan getah pengedap sudah keras.
- Sealant lama pada skru dan sambungan sudah pecah.
- Kemiringan bumbung tidak cukup menyebabkan air bertakung.
- Insulation foil koyak menyebabkan air kondensasi turun ke siling.
Tanda awal sebelum siling rosak
- Kesan air bulat berwarna kuning atau perang pada siling.
- Cat siling melendut atau berkulat pada satu sudut.
- Bunyi titisan dalam ruang siling ketika hujan.
- Habuk plaster gugur di kawasan yang sama setiap kali hujan lebat.
- Dinding dalam lembap dari atas ke bawah, bukan dari bawah ke atas.
Bocor bumbung hampir selalu bertambah ketika hujan dan berhenti selepas cuaca kering. Kalau lembap kekal walaupun tiada hujan, punca lebih berat kepada paip atau waterproofing.
Bezakan bocor bumbung dan bocor paip
Cara paling mudah: perhatikan masa titisan berlaku.
- Titisan hanya ketika atau selepas hujan → bumbung.
- Titisan berterusan tanpa kaitan hujan → paip. Baca paip bocor atas siling.
- Titisan bertambah selepas bilik air digunakan → lantai bilik air. Baca waterproofing bilik air.
Cara kami periksa bumbung
- Periksa dalam ruang siling untuk cari kesan air dan jejak aliran.
- Naik bumbung untuk semak tile beralih, pecah, flashing dan skru.
- Semak gutter dan saluran turun sama ada tersumbat.
- Ujian air pada kawasan disyaki untuk pastikan titik masuk sebenar.
- Rakam gambar sebelum kerja supaya tuan rumah nampak keadaan sebenar.
Kerja pembaikan yang biasa dilakukan
- Ganti tile pecah dan susun semula tile beralih.
- Pasang semula atau tukar flashing pada sambungan dinding.
- Kemas dan bersih gutter, betulkan kemiringan saluran.
- Tukar skru bumbung metal dengan getah pengedap baharu.
- Sapu lapisan waterproofing pada bumbung konkrit atau kawasan berisiko.
- Ganti insulation foil yang sudah koyak.
- Baiki dan cat semula siling yang rosak selepas bocor berhenti.
Kerja siling hanya dibuat selepas bocor betul-betul berhenti. Kalau siling dibaiki dahulu, kesan air akan muncul semula pada hujan berikutnya.
Elak bocor berulang
- Bersih gutter dua kali setahun, terutama sebelum musim hujan.
- Potong dahan pokok yang menggantung atas bumbung.
- Jangan berjalan atas tile bumbung tanpa papan lapik.
- Periksa ruang siling selepas hujan lebat pertama setiap musim.
Soalan lazim
Kenapa siling bocor tetapi bumbung nampak baik?
Air boleh masuk pada satu tempat dan bergerak atas rangka bumbung sebelum menitis di tempat lain. Sebab itu pemeriksaan dibuat dalam ruang siling untuk ikut jejak aliran air, bukan hanya lihat dari luar.
Bumbung bocor boleh baiki waktu hujan?
Pemeriksaan boleh, tetapi kerja atas bumbung bahaya dan sealant tidak melekat pada permukaan basah. Kami akan tutup sementara jika perlu, dan buat kerja penuh selepas cuaca kering.
Berapa kos baiki bumbung bocor?
Bergantung pada punca. Tile beralih atau skru longgar biasanya kerja ringan. Flashing rosak, gutter perlu ditukar atau kawasan luas perlu waterproofing kos lebih tinggi. Harga tepat diberi selepas pemeriksaan.
Perlu tukar semua tile bumbung?
Selalunya tidak. Kami ganti hanya tile yang pecah atau beralih. Penggantian penuh dicadangkan bila tile sudah rapuh menyeluruh atau rangka bumbung bermasalah.
Kena baiki siling dahulu atau bumbung dahulu?
Bumbung dahulu. Siling dibaiki selepas kawasan kering sepenuhnya, biasanya beberapa hari selepas bocor berhenti, supaya cat dan plaster baharu tidak rosak semula.
Insulation foil perlu dipasang semula?
Kalau foil sudah koyak atau berlubang, ya. Selain menahan panas, foil membantu mengalirkan titisan kondensasi keluar dan bukan turun ke siling.