Pasang Water Heater — Instant & Storage
Water heater yang tidak panas, bocor atau trip suis boleh menyusahkan seluruh keluarga. Kami pasang dan baiki water heater di Ampang, Kuala Lumpur dan Selangor — instant heater untuk bilik air kecil, storage heater untuk bekalan air panas stabil, termasuk safety valve, drain pipe dan wiring yang selamat.
Tanda water heater bermasalah
Air tidak panas atau suhu tak stabil
Air keluar suam-suang atau panas sekejap-sekejap. Heating element, thermostat atau flow switch mungkin sudah haus.
Bunyi berdengung atau bau hangit
Bunyi kuat dari dalam storage heater atau bau hangit menunjukkan heating element berkerak, kering, atau wiring sudah longgar.
Air bocor dari bawah water heater
Titisan air dari safety valve, drain valve atau badan tangki menunjukkan valve rosak atau tangki dalaman sudah berkarat dan perlu ditukar.
Suis jatuh atau trip berulang kali
Suis utama jatuh bila water heater hidup bermakna bebanan kuasa berlebihan, wiring lama tidak cukup saiz, atau heater bocor arus.
Tekanan air rendah pada shower
Instant heater memerlukan tekanan air minimum untuk berfungsi. Kalpa paip lama berkerak atau pam air lemah, heater tidak akan hidup.
Jenis kerja water heater yang kami buat
Pasang water heater baru
Pemasangan instant atau storage heater lengkap dengan paip masuk/keluar, stop valve, safety valve, drain pipe dan sambungan elektrik mengikut spec.
Tukar water heater rosak
Tanggal heater lama, pasang heater baru, dan pastikan sambungan paip serta wiring sesuai dengan model baharu.
Baiki heating element & thermostat
Ganti heating element yang haus, thermostat yang tidak kawal suhu, dan periksa wiring supaya tidak trip atau bocor arus.
Pasang isolator, safety valve & drain pipe
Tambah suis isolator khas, pressure relief valve, dan paip drain ke lantai/luar supaya pemasangan selamat dan mematuhi by-law.
Tambah paip air panas ke dapur / bilik air
Extend laluan paip air panas dari storage heater ke sinki dapur, shower tambahan atau bilik air luar.
Semakan sebelum kami datang
- Pastikan suis kuasa water heater dimatikan sebelum sentuh apa-apa sambungan.
- Tutup injap air masuk ke heater supaya tidak banjir semasa kerja.
- Ambil gambar model lama (brand, wattage, saiz) supaya kami boleh bawa heater sepadan.
- Catat sama ada paip keluar air panas sudah ada atau perlu buat baru.
- Sediakan ruang untuk safety valve dan drain pipe — jangan letak heater terlalu rapat dengan dinding.
Water heater service (English)
We install, replace and repair instant and storage water heaters in Ampang, Kuala Lumpur and Selangor. Common work: new heater installation, heater replacement, heating element and thermostat repair, safety valve and drain pipe installation, plus hot water pipe extensions to the kitchen or extra bathroom. Open every day 8am to 9pm. A transport fee applies for the inspection visit and we confirm it on WhatsApp before we come. Send a photo of your heater label and a short video of the problem for a faster answer.
Galeri sebelum & selepas
Contoh kerja sebenar pasang dan tukar water heater. Tekan imej untuk zoom.
Tukar storage water heater lama yang bocor
Sebelum Selepas Heater lama sudah berkarat dan titis air. Kami pasang unit baru lengkap safety valve, drain pipe dan isolator switch.
Untuk pemeriksaan atau checking, caj pengangkutan dan caj lawatan mungkin dikenakan bergantung pada lokasi.Halaman 1/4