Langkau ke kandungan utama
Kembali ke laman utama

Toilet Bowl Tersumbat & Pasang Toilet — Punca & Cara Betul

Toilet bowl tersumbat adalah antara panggilan paling kerap di rumah teres dan apartment KL & Selangor. Ada kes yang boleh dibuka dengan plunger, ada yang perlu buka bowl, dan ada juga yang lebih baik diganti serta dipasang semula kerana seal dan flange sudah rosak. Di bawah ini kami terangkan cara membezakannya.

Punca utama toilet bowl tersumbat

  • Objek tersekat dalam trap bowl

    Tisu basah (wet wipes), pad, rambut, penutup botol atau mainan kanak-kanak paling kerap tersekat di selekoh dalam bowl. Air akan naik tinggi lepas flush kemudian turun sangat perlahan.

  • Kerak kapur & najis mengeras

    Untuk toilet lama, kerak kapur menebal di dalam laluan air dan lubang rim. Flush jadi lemah, air berpusing perlahan dan bau tidak hilang walaupun sudah dicuci.

  • Sumbatan di paip utama atau manhole

    Kalau tandas, sinki dan floor trap lambat surut serentak, masalah bukan di bowl. Sumbatan berada di paip buangan utama atau manhole luar dan perlu snake machine atau jetting.

  • Pemasangan bowl yang tidak rapat

    Bowl yang goyang, tidak duduk rata, seal (wax ring / rubber seal) sudah keras atau flange tidak sejajar dengan lubang paip akan menyebabkan bocor perlahan di bawah bowl, bau kumbahan dan lantai lembap.

Cara selamat sebelum panggil plumber

  1. Berhenti flush berulang kali — air akan melimpah keluar ke lantai.
  2. Guna toilet plunger (yang ada flange) dan tekan perlahan 10–15 kali supaya tekanan tolak sumbatan.
  3. Kalau air surut sedikit, tuang baldi air perlahan-lahan untuk uji aliran.
  4. Jangan tuang bahan kimia keras berulang kali — ia boleh rosakkan seal, paip PVC dan bahaya untuk mata & kulit.
  5. Jangan cungkil dengan besi panjang atau wayar keras — porselin bowl senang calar dan pecah.

Pasang toilet baru — langkah yang betul

Bowl yang goyang, pecah, atau bocor di bahagian bawah tidak boleh sekadar ditampal. Pemasangan semula perlu dibuat supaya tiada bau kumbahan dan tiada air meresap ke lantai:

  1. Tutup paip masuk, kosongkan tangki dan buang air dalam bowl.
  2. Tanggalkan bowl lama, bersihkan lantai dan periksa keadaan flange serta lubang paip buangan.
  3. Betulkan paras flange supaya sama rata dengan kemasan lantai (tile), tukar kalau sudah pecah.
  4. Pasang seal baru, duduk kan bowl dengan tekanan sekata dan pastikan ia tidak goyang.
  5. Kencangkan bolt secara berselang (jangan terlalu kuat), pasang tangki dan sambungan air.
  6. Sili kan sekeliling tapak bowl, kemudian uji flush beberapa kali dan periksa kebocoran di bawah bowl.

Bila wajib panggil plumber

  • Air naik sampai ke rim bowl atau melimpah ke lantai.
  • Tandas, sinki dan floor trap lambat surut serentak — sumbatan di paip utama.
  • Bau kumbahan berterusan atau lantai sekeliling bowl selalu lembap.
  • Bowl goyang, bolt longgar, atau ada rekahan pada porselin.
  • Sudah cuba plunger beberapa kali tetapi tersumbat semula dalam beberapa hari.

  1. 1Langkah 1: Berhenti flush berulang kali supaya air tidak melimpah ke lantai.Ketahui lebih lanjut
  2. 2Langkah 2: Cuba toilet plunger (jenis berflange) 10–15 kali dengan tekanan perlahan.Ketahui lebih lanjut
  3. 3Langkah 3: Elak bahan kimia keras — ia rosakkan seal dan paip PVC.Ketahui lebih lanjut
  4. 4Langkah 4: Kalau sinki & floor trap turut lambat surut, sumbatan di paip utama.Ketahui lebih lanjut
  5. 5Langkah 5: Bowl goyang, pecah atau berbau — pasang semula dengan flange & seal baru.Ketahui lebih lanjut
1 / 2
WhatsApp untuk toilet bowl tersumbat

Tanda sumbatan biasa vs sumbatan dalam

  • Sumbatan biasa: hanya satu mangkuk tandas lambat turun; air surut perlahan selepas beberapa minit.
  • Sumbatan dalam: tandas, lantai bilik air dan sinki berdekatan turut lambat atau berbunyi 'gurgle'.
  • Air naik dari floor trap apabila tandas dipam — sumbatan berkemungkinan di paip utama, bukan di mangkuk.
  • Bau busuk berterusan walaupun sudah dibersihkan.

Langkah selamat sebelum cuba sendiri

  1. Berhenti mengepam jika air hampir melimpah. Tutup injap air di belakang tandas.
  2. Gunakan plunger berbentuk bebibir (flange) dan tekan dengan perlahan tetapi konsisten.
  3. Jangan campur bahan kimia pembersih yang berlainan — ia boleh menghasilkan gas berbahaya.
  4. Elakkan menggunakan wayar besi atau penyangkut baju yang boleh mencalarkan porselin.
  5. Jika selepas beberapa cubaan air masih tidak turun, berhenti dan dapatkan bantuan.

Pencegahan

  • Jangan buang tisu basah, tuala wanita, lampin atau sisa makanan ke dalam tandas.
  • Ajar kanak-kanak supaya tidak membuang mainan atau objek ke dalam mangkuk.
  • Jika sumbatan berulang, ia mungkin tanda masalah paip luar — rujuk tandas & longkang tersumbat.

Untuk pemeriksaan atau checking, caj pengangkutan dan caj lawatan mungkin dikenakan bergantung pada lokasi.Halaman 1/4

Kawasan servis tandas tersumbat di Ampang & sekitar

Kami beroperasi dari Kampung Pasir, Hulu Kelang — berhampiran dengan kebanyakan kawasan di bawah, jadi pemeriksaan selalunya boleh dijadualkan pada hari yang sama bergantung kalendar.

  • Ampang Jaya
  • Kampung Pandan
  • Pandan Indah
  • Pandan Perdana
  • Pandan Utama
  • Pandan Mewah
  • Taman Saga
  • Bukit Indah
  • Taman Kosas
  • Taman Mahluri
  • Taman Tasik Ampang Hilir
  • Jalan Memanda
  • Taman Dagang
  • Taman Putra
  • Taman Muda
  • Tasik Tambahan
  • Taman Seraya
  • Taman Bukit Teratai
  • Tasik Permai
  • Taman Melawati
  • Ukay Perdana
  • Hulu Kelang

Tempahan cepat

Ulasan pelanggan

Ulasan penuh Rizwan Plumber boleh dibaca terus di listing Google Maps kami. Kalau kami pernah buat kerja di rumah anda, ulasan anda sangat membantu pelanggan lain.